Saturday, October 5, 2013

Sejarah Tingkatan 1

( BAB 1 )   SEJARAH DAN KITA

1.1 Pengertian Sejarah


  • Ahli - ahli sejarah atau sejarawan memberikan beberapa pengertian tentang istilah sejarah.

  1. Herodotus
  2. Ibnu Khaldun
  3. Muhd Yusof Ibrahim

  • Istilah sejarah berasal daripada perkataan Arab iaitu syajaratun yang bermaksud :
  1. Pohon / pokok
  2. salasilah
  3. riwayat
  4. asal usul 
  5. keturunan
  • Sejarah merupakan perkara yang sudah berlaku.
  • Semua rekod sejarah telah dikaji oleh ahli-ahli sejarah dan hasil kajian dikeluarkan dalam pelbagai bentuk.
  • Antara penulis sejarah awal negara :
  1. Tun Sri Lanang menghasilkan sejarah Melayu ; 
  2. Abdul Hadi Hassan menulis sejarah alam Melayu ; 
  3. Raja Ali Haji menghasilkan Tuhfat al-Nafis.

1.2 Ciri - ciri Sejarah

  • Ciri - ciri sejarah adalah penting bagi kita merekonstruksi peristiwa yang telah berlaku.
  • Peristiwa yang bersejarah mempunyai ciri-ciri seperti berikut :

  1. Fakta yang tepat dan benar.
  2. Penting dan bermakna. 
  3. Sebab dan akibat.

FAKTA YANG BENAR DAN TEPAT..

  • Merupakan peristiwa, tempat, tokoh dan tarikh yang dapat dibuktikan kebenarannya,
  • Perlu dipertanggungjawabkan dari segi sumber dan kesasihannya.
  • Tidak boleh direka atau ditokok tambah.
  • Pengisytiharan Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan pada 1 Februari 2001 adalah contoh fakta yang tepat dan benar.

PENTING DAN BERMAKNA...

  • Peristiwa yang telah berlaku haruslah penting dan bermakna dalam kalangan individu, keluarga, masyarakat dan negara.
  • Contoh - contoh peristiwa yang penting dan bermakna : 
  1. Hari Kelahiran
  2. Hari mula persekolahan 
  3. Tarikh perkahwinan ibu bapa
  4. Hari pekerja
  5. Hari guru
  6. Hari Kebangsaan

SEBAB DAN AKIBAT...

  • Untuk mengetahui sebab dan akibat sesuatu peristiwa, kita perlu tahu apa, siapa, bila, bagaimana, mengapa dan di mana peristiwa tersebut berlaku.
  • Ini dapat membuktikan kesahihan sesuatu fakta sejarah.
  • Sebab dan akibat sesuatu peristiwa membolehkan kita mengetahui mengapa dan bagaimana sesuatu peristiwa itu berlaku serta kesannya.


1.3 Sumber Sejarah


  • Sumber sejarah dianggap penting karana dapat memberi maklumat dan bukti yang benar tentang peristiwa yang telah terjadi.
  • Sumber sejarah terbahagi kepada 2 iaitu : 
  1. Sumber Primer / Sumber Pertama
  2. Sumber Sekunder / Sumber Kedua

SUMBER PERTAMA
  • Dalam bentuk fosil, kertas, artifak dan keterangan lisan
  • Belum diolah dan dicetak
  • Bersifat asli dan belum ditafsir
  • Contoh :
  1. Diari
  2. Surat Peribadi
  3. Fail Rasmi Jabatan
  4. Batu Bersurat
  5. Manuskrip yang belum dicetak

SUMBER KEDUA
  • Bahan yag dikaji melalui pembacaan bahan bertulis
  • Ditulis oleh sejarawan atau pengkaji sejarah
  • Bahan yang telah diolah, dicetak, dan disebarkan kepada umum.
  • Contoh :
  1. Buku
  2. Majalah
  3. Jurnal 
  4. Risalah
  5. Ensiklopedia
  6. Laporan Tahunan Jabatan

SUMBER DAN KETERANGAN

Fosil - Tinggalan haiwan atau tumbuhan yang wujud pada zaman lampau.
Artifak - Barang-barang ciptaan manusia pada zaman lampau seperti pisau, kapak, dan pinggan                     mangkuk.
Manuskrip - Bahan tulisan tangan yang disediakan untuk dicetak dan diterbitkan.


1.4 Kaedah Pengkajian Sejarah

KAEDAH LISAN
  • Merupakan cara memperoleh maklumat daripada responden melalui ucapan, perbualan, penceritaan dan pengisahan.
  • Dapat diperolehi melalui temu bual.
  • Mempunyai kelebihan kerana sumber ini sering ditokok tambah.
  • Oleh itu, sejarawan akan pilih untuk mentafsir dan membandingkan fakta untuk mendapatkan maklumat yang benar.
  • Turut dipengaruhi oleh dipengaruhi oleh perkembangan sains dan teknologi.

KAEDAH BERTULIS
  • Kaedah mendapatkan maklumat daripada sumber yang ditulis, dilakar atau dipahat pada batu, dinding gua, logam, kulit kayu atau kertas.
  • Membolehkan sejarawan memperoleh maklumat tentang sesuatu peristiwa, perkara, perundangan, adat resam dan tokoh.

KAEDAH ARKEOLOGI
  • Terdapat pelbagai cabang seperti maritim, angkasa lepas, dan gali cari.
  • Ahli arkeologi memperoleh maklumat melalui proses gali cari.
  • Bahan-bahan tinggalan sejarahdapat disahkan ketepatan usianya menerusi kajian saintifik.
  • Hasilnya :
  1. Membuat tafsiran dan pentarikhan tentang budaya sesebuah masyarakat.
  2. Membuat tafsiran terhadap maklumat yang diperoleh.
  • Contoh : 
  1. Fosil.
  2. Artifak.
  3. Kulit Siput.
  4. Binaan Daripada Batu.
  5. Peralatan daripada Logam.
  6. Tembikar.

1.5 Pentafsiran Sejarah
  • Tafsiran sejarah yang dibuat oleh seseorang sejarawan boleh menjadikan sesuatu peristiwa itu bermakna, berfaedah atau sebaliknya.
  • Seorang sejarawan perlu melakukan penyelidikan untuk membuat tafsiran sejarah yang tepat dan betul.
  • Sejarawan yang berlainan mungkin membuat tafsiran yang berbeza tentang sesuatu peristiwa sejarah yang sama.
  • Ini adalah kerana setiap sejarawan mempunyai pandangan yang berbeza tentang sesuatu peristiwa.

1.6 Kepentingan Sejarah
  • Sebagai warganegara Malaysia, kita perlulah berbangga menjadi warga Malaysia dan bertanggungjawab mempertahankan negara.
  • Tujuan mempelajari sejarah : 

  1. memperoleh banyak pengetahuan.
  2. memahami sejarah tamadaun awal bangsa kita.
  3. membentuk keperibadian manusia.
  4. melahirkan perasaan jati diri yang tinggi.
  5. membentuk keperibadian bangsa
  6. berhati-hati agar sejarah yang silam tidak akan berulang lagi
  • Faedah mempelajari sejarah
  1. memupuk semangat patriotik.
  2. memupuk semangat cinta akan negara.
  3. melahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.
  4. menjadi perangsang untuk mencapai kemajuan negara.


( BAB 2 ) ZAMAN PRASEJARAH DI 
MALAYSIA

2.1 PENGENALAN

  • Zaman prasejrah dapat dibahagikan kepada 4 tahap iaitu : 
  1. Zaman Paleolitik
  2. Zaman Mesolitik
  3. Zaman Neolitik
  4. Zaman Logam
  • Tempoh masa untuk setiap satu zaman itu berbeza antara satu kawasan dengan kawasan yang lain.
  • Tempoh masa itu bergantung kepada kemajuan sesuatu kawasan.
  • Zaman Prasejarah di Malaysia terbahagi kepada 3 iaitu : 
  1. Zaman Paleolitik
  2. Zaman Neolitik
  3. Zaman Logam
  • Penyelidikan terdahulu menunjukkan wujudnya zaman Mesolitik selepas Zaman Paleolitik kerana penemuan alat batu yang bercirikan alat batu Hoabinh yang terdapat di Vietnam.
  • Penyelidikan terkini membuktikan Malaysia tidak mengalami Zaman Mesolitik kerana alat batu yang bercirikan alat batu Hoabinh telah wujud di Bukit Jawa, Lenggong, Perak pada awal Zaman Paleolitik (kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu)


2.2  ZAMAN PALEOLITIK
  • Di Malaysia, Zaman Paleolitik wujud kira-kira 200 000 hingga 300 000 tahun dahulu.
  • Petempatan manusia pada zaman Paleolitik :
  1. Tinggal di kawasan luar seperti di luar gua.
  2. Ada yang tinggal di dalam gua.
  3. Ada yang tinggal di sekitar tasik.
  4. Selalu berpindah-randah dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain.
  • Lokasi penempatan manusia Zaman Paleolitik ditemui di : 
  1. Tingkayu, Sabah.
  2. Gua Niah, Sarawak.
  3. Bukit Jawa, Kota Tampan.
  4. Bukit Bunuh, Lenggong, Perak.
  • Manusia Zaman Paleolitik mengamalkan cara hidup SARA DIRI.
  • Mereka menjalankan kegiatan seperti :
  1. Memburu binatang liar.
  2. Memungut hasil hutan seperti pucuk-pucuk daun dan buah-buahan.
  • Alat batu digunakan sebagai alat utama dalam kehidupan seharian. Contohnya : 
  1. Alat penetak digunakan untuk menetak pokok dan memotong daging.
  2. Alat repihan digunakan untuk meraut dan memotong.
  • Manusia zaman Paleolitik mengamalkan kepercayaan animisme, iaitu kepercayaan bahawa setiap benda seperti pokok, gunung, langit dan batu mempunyai semangat atau roh.
  • Mereka juga mengamalkan upacara pengebumian.
  • Mayat dikebumikan dengan barang-barang seperti alat-alat batu dan makanan.
  • Manusia Perak iaitu rangka manusia pada zaman Paleolitik telah dijumpai pada tahun 1990 di Gua Gunung Runtuh.

2.3 ZAMAN NEOLITIK

  • Zaman Neolitik bermula di Malaysia kira-kira 7000 tahun dahulu.
  • Zaman yang merupakan zaman perkembangan teknologi daripada peralatan batu kepada peralatan tembikar.
  • Manusia pada zaman ini mulai tinggal di Kawasan berhampiran dengan sungai. 
  • Ada juga yang masih tinggal di gua.


  •  Lokasi penempatan manusia Zaman Neolitik ditemui di : 

      1. Gua Cha, Kelantan.
      2. Bukit Tengkorak, Sabah.
    • Manusia Zaman Neolitik hidup bermasyarakat dan mempunyai ketua.
    • Wujudnya PEMBAHAGIAN KERJA di kalangan mereka. Mereka menjalankan tugas seperti :
    1. Bercucuk tanam.
    2. Menternak Binatang.
    3. Menangkap Ikan.
    4. Memburu Binatang.
    5. Memungut Hasil Hutang.
    6. Menjalankan kegiatan perdagangan secara bertukar-tukar barang.
    • Pada zaman ini, manusia masih menggunakan peralatan batu seperti :
    1. Beliung untuk menggali tanah dan mengetam kayu.
    2. Pemukul kulit kayu untuk meleperkan dan menghaluskan kulit kayu.
    • Satu ciptaan baru pada zaman Neolitik ialah manusia tahu MENGGUNAKAN TANAH LIAT untuk membuat tembikar.
    • Peralatan tembikar yang dicipta adalah seperti :
    1. Bekas Air
    2. Periuk
    3. Belanga
    • Mereka juga tahu mencipta barang kemas seperti :
    1. Kalung.
    2. Gelang.
    3. Anting-anting.
    • Mereka berpegang kepada kepercayaan ANIMISME.
    • Mereka mengebumikan mayat manusia bersama-sama dengan peralatan tembikar dan barang-barang kemas seperti gelang.

    2.4 ZAMAN LOGAM
    • Zaman Logam bermula kira-kira 4000 tahun dahulu.
    • Pada zaman dahulu, manusia tahu menggunakan logam seperti besi dan gangsa untuk membuat alat-alatan.
    • Masyarakat Zaman Logam hidup menetap. Ada yang masih tinggal di dalam gua dan kawasan berhampiran dengan sungai.
    • Lokasi petempatan manusia Zaman Logam ditemui di : 

    1. Gua Harimau, Perak.
    2. Sungai Tembeling, Pahang.
    3. Changkat Menteri, Perak.
    • Mereka juga mempunyai adat resam yang tersendiri.
    • Mereka menjalankan kegiatan seperti : 
    1. Bercucuk tanam.
    2. Menangkap Ikan.
    3. Menternak binatang.
    4. Memburu binatang.
    5. Menjalankan kegiatan perdagangan secara bertukar-tukar barang.
    • Masyarakat Zaman Logam mempunyai kepercayaan dan pegangan hidup yang tertentu.
    • Mereka menjalankan pengebumian dengan menggunakan kepingan batu.




    No comments:

    Post a Comment